(Courtesy from utusan online)

AHMAD PHESAL TALIB (kanan) melihat salah satu mesin yang digunakan bagi memproses air sisa di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

AHMAD PHESAL TALIB (kanan) melihat salah satu mesin yang digunakan bagi memproses air sisa di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu bertujuan memastikan air sisa yang dibuang dari pasar ke Sungai Gombak dan Klang tidak tercemar.

Katanya, perkara tersebut merupakan antara pendekatan jangka panjang yang dilaksanakan DBKL melalui peruntukan sebanyak­ RM2.25 juta bagi memastikan sungai­-sungai di pusat bandar bersih dan berkualiti.

Enam buah pasar yang akan mendapat manfaat ialah Pasar Jalan Ipoh 2.5, Pasar Jalan Ipoh Batu 5, Pasar Jalan Ikan Emas, Pasar Pekan Sungai Besi, Pasar Kampung Salak Selatan dan Pasar Jinjang Utara.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pasar yang menyumbang kepada tahap kualiti air yang rendah akan diberi keutamaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan­ pembukaan loji rawatan air sisa di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL, Datuk Tan Keng Chok dan Pengarah Urusan T/t Buditrans Consult Sdn. Bhd., Datuk Wan Nazari­ Jusoh.
Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, usaha yang dilakukan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu bakal mentransformasi­ Sungai Klang dan Gombak kepada kawasan pinggiran sungai yang berdaya maju dan memiliki nilai ekonomi tinggi.

Transformasi itu adalah merujuk kepada pembersihan, pengindahan dan pembangunan kawasan pinggir sungai dan dijangka pada tahun 2020 sungai di sekitar ibu negara akan jernih dan berkualiti.

“Lima loji rawatan yang telah dilaksanakan menerusi Projek River of Life sebelum ini ialah di Pasar Harian Selayang, Pasar Air Panas dan Pasar Sentul dengan perbelanjaan sebanyak RM20 juta merangkumi kos operasi dan penyelenggaraan selama setahun,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Phesal menegaskan bahawa setiap pasar perlu meningkatkan sistem keselamatan khususnya dalam aspek pemakanan dan pekerja.

“DBKL akan bekerjasama dengan­ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memastikan tahap kualiti barangan yang dijual mempunyai tahap kualiti­ yang baik termasuk mengetatkan pendaftaran pekerja,” ujarnya.